Tuesday 28 February 2012

Kenapa Emas?

Lama pulak tak dapat nak update blog, yelah minggu lalu sibuk uruskan majlis aqiqah untuk anak sulung saya.
Dalam dok sibuk melayan tetamu, sempat jugak lah saya menjawab pertanyaan kawan-kawan yang berminat pasal emas ni,
Ada kawan yang tanya, " Apasal sejak akhir-akhir ni banyak sangat org cerita pasal emas? 
Pergi isi minyak kat Caltex pon ada peraduan pasal emas, bukak surat khabar pon pasal emas, tgk iklan Rozita Che Wan pon ada emas, aku pon nak beli emas jugak lah, boleh kawen ngan Rozita hahaha..."
Hamboihhh -___-

Hehehe biasa la tu, bila ada permintaan, nama sesuatu produk tu automatik akan naik. 
Memang tak dinafikan, permintaan terhadap produk emas ni sangat tinggi.
Mana-mana kita pergi pon ada cerita pasal emas, kalau org pompuan suka la benda ni kan..
tapi takkan nak letak kat leher pulak kalau menang jongkong emas tu kan hehehe.

Ok lah, bagi menjawab persoalan kawan kita tadi, saya nak terangkan kegunaan emas, benda ni amat lah penting kepada pelabur-pelabur baru supaya anda semua faham kenapa harga emas dunia ni semakin meningkat, kalau tururn pon takdelah sampai menjunam, sesuai lah untuk pelaburan dimasa hadapan :)

1. Emas Sebagai Barang Perhiasan 
Persepsi masyarakat kita, bila cakap je pasal emas, semua terbayang kan rantai, gelang dan sebagainya merujuk kepada barangan yg boleh dipakai terutamanya kepada kaum wanita.
Statistiknya, 50% daripada penghasilan emas yang dilombong dijadikan barang perhiasan wanita.
Tengok je kat kedai-kedai emas, macam-macam emas perhiasan yang ada, cuma standby duit dapat la beli hahaha (Emas perhiasan sebenarnya kurang sesuai untuk dijadikan pelaburan, saya akan terangkannya di entri lain ok)
So, bila dah bermacam-macam rupa barang kemas tuh, permintaan untuk penghasilan emas yang lebih up to date sangat lah tinggi.
Maka tak heran la, kalau dulu ada emak-emak kita yang pergi ke kedai emas dan upgrade barang-barang kemas lama kepada barang kemas yg lebih terkini hehehe (Selalunya confirm la dapat return yang lebih baik sama ada dapat barang kemas yg banyak atau dapat duit lebih sebab harga emas dahulu yang jauh lebih rendah dari pasaran hari ini)

2. Emas Sebagai Medium Pelaburan
40% emas yang dilombong dijadikan sumber pelaburan. Kebanyakan emas yang dijadikan pelaburan dijual dalam bentuk yg kita tidak boleh pakai contohnya bar ataupon jongkong.
Emas yang dijadikan pelaburan ini juga selalunya mempunyai ketulenan 24K atau emas 999.
Terdapat juga emas dinar yang mempunyai ketulenan 22K. 
Kalau kita lihat kenaikkan harga emas dari dulu sampailah sekarang, jauh berbezanya.
Untung la kalau sesiapa yg sedar akan kepentingan emas ni dari dulu kan?
Sekarang ni pon bukan la anda terlambat, tapi buat la pilihan yg bijak sekarang.
Takkan nak beli tahun depan?? Jangan risau kalau anda beli sekarang, harga emas dunia semakin naik dan naik. Fikirkan la dengan segera ye... :)

Emas dalam bentuk bar dan syiling emas/dinar emas (Sumber google je)

Saya nak tunjuk sedikit lah trend kenaikan harga emas dunia.
 
Jika kita perhatikan carta sejarah harga emas dunia daripada tahun 2000 - tahun 2009,
Harga emas pada Ogos 2000 = USD 275.45/OZ
Harga emas pada Ogos 2009 = USD 953.50/OZ

KEnaikan harga emas adalah 246% dalam jangkamasa 9 tahun, ini bermakna, kenaikan harga emas adalah 27% setahun.
Harga emas terkini, 28 Februari 2012 jam 11.48 p.m adalah USD 1783.90/OZ
Masih belum terlambat untuk kawan-kawan semua untuk melabur, harga akan semakin naik, untuk melabur dan perlukan bantuan?
Hubungi saya segera - Hafify Zulhaimy Hashim
 012 632 4320 

3. Emas Sebagai Bahan Industri
5% daripada hasil perlombongan emas dijadikan bahan industri. Ini adalah kerana emas adalah konduktor elektrik yang paling bagus, tetapi disebabkan harganya yg tinggi maka, emas tidak dijadikan kabel elektrik.
Sedangkan copper cable org curi, inikan pula emas, hehehe.
So, emas digunakan dalam penciptaan cip-cip komputer, sebagai gear dalam jam tangan mewah, dalam barangan electronik dan elektrik.
Sebab itulah kalau kita lihat harga bagi seutas jam tangan berjenama ROLEX, sampai berpuluh-puluh ribu??

Jam Tangan Rolex.

4. Emas Sebagai Barang Kosmetik
5% daripada sumber emas juga adalah untuk barangan kosmetik. Jadi kepada kawan saya yg bertanya tuh, emas ni la yang dipakai oleh Rozita Che Wan dalam iklannya Safi Rania Gold. Hehehe kalau jarum susuk emas tu dikira barang kosmetik ke?


hehehe lepas ni jangan la beli produk ni dan gadaikan ok..hehehe

Terdapat juga kepingan emas dijadikan masker untuk tujuan kecantikan.

Tak lupa juga dulu tok-tok dan nenek-nenek kita yang pakai gigi emas hehehehe

So, itu lah serba sedikit kenapa harga emas semakin menaik, demand yg tinggi terhadap emas menjadikan emas sesuatu yg bernilai dengan sifat-sifat semulajadi emas.
Jangan lah kita berlengah lagi untuk memiliki emas, rebut lah peluang keEMASan ini.
hehehe emas jugak kan?

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 


Sekian...

















No comments:

Post a Comment