Monday 12 March 2012

Bahagian 1 : Kenapa Perlu Melabur dengan EMAS?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Bagi menjawab banyak persoalan kawan-kawan, kali ini saya nak cerita serba sedikit tentang pelaburan-pelaburan yang ada dan sebagai ilmu untuk kawan-kawan untuk memulakan sesuatu pelaburan.
Dulu saya tercari-cari pelaburan apakah yang sesuai waktu zaman memula kerja dulu, nak cari tempat simpan duit yang mempunyai return yang tinggi...
saya pasti ramai kawan-kawan juga nak macamtu juga kan?
Sebab tu ada kawan yg bertanya "eh, invest dalam hartanah la, bole juai rumah ke, tanah ke... ada pulak emas...hehehe" (Huih banyak duit kawan aku nih huhu -___-)
Ok, cuba lihat dibawah ni...


Kepada sesiapa yang pernah invest dalam Unit Trust mesti penah tgk carta ni kan

So, dari ape yg anda lihat diatas tu adalah 7 jenis pelaburan yang biasa untuk org yang biasa-biasa macam kita hehehe...kepada yang telah melabur dalam salah satu atau lebih pelaburan diatas...Tahniah saya ucapkan kerana telah membuka mata dan minda bertindak untuk menggandakan duit anda.

Kepada kawan-kawan yang kurang jelas atau konpius dengan ape yang saya ingin sampaikan, saya akan terang kan serba ringkas ok.

Normal Saving
Saya percaya yg setiap kawan-kawan yang dah berkerja pasti mempunyai normal saving ini. Setiap gaji yang diterima daripada majikan akan masuk kedalam normal saving ini. Jika duit yang ada dalam akaun ini tidak diusik selama setahun (Wah...kayanya sampai tak terusik duit tuh hehehe :) )
Maka, pulangan duit kita adalah 0-1%/setahun. Ini adalah sistem pelaburan berisiko rendah atau hampir tiada risiko tetapi pulangan nya adalah kecil.

FD (Fixed Deposit)
Selalunya FD menjadi pilihan kepada org yg memiliki wang yang banyak (terutamanya golongan 'non bumi') tetapi tiada pilihan lain untuk melabur. Mereka yg memilih FD adalah mereka yg ingin membuat pelaburan secara selamat kerana sistem pelaburan ini berisiko rendah. Tetapi, untuk melabur dalam FD, perancangan pelaburan perlu diutamakan seperti pelaburan jangkamasa panjang kerana adanya tempoh matang pelaburan ini. Pulangannya adalah 2-3%/setahun.

KWSP
Setiap yang bekerja patut mencarum dalam KWSP. Ini adalah pelaburan untuk kita pada masa hadapan sesudah pencen. Baru-baru ini kerajaan telah umumkan 6% pulangan untuk caruman tahun lalu.Tapi duit KWSP akan dapat dikeluarkan apabila sudah pencen. Tetapi ada syarat2 dan peraturan bagi pengeluaran KWSP sebelum umur pencen untuk pembayaran pendidikan, perumahan, tabung haji (baru-baru ini dilancarkan) dan sebagainya...
Untuk yg ingin nak invest duit KWSP, saya cadangkan anda invest dalam ASW2020 (kene cepat sebab kalau lambat unit-unit akan habis) adalah lebih terjamin pulangannya berbanding unit-unit amanah daripada bank2 tertentu..

Tabung Haji
Sebagai umat islam, saya rasa mmg perlu untuk kita simpan duit di Tabung Haji. Selain dari kita melabur dan menyimpan duit, kita juga berpeluang menunaikan haji mengikut giliran yg telah ditentukan oleh TH. Pulangan ataupun dividen yang diberikan oleh TH akan ditolak untuk bayaran zakat, so, tak perlulah anda semua risau akan pulangan yg kita perolehi..


Sampai disini dulu pembelajaran kita pada hari ini, biar sedikit, tapi ilmu yang kita perolehi banyak ok hehehe :)
Saya akan terangkan di entri yg lain..


Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 


Sekian...


 

No comments:

Post a Comment