Tuesday 21 February 2012

Kenapa emas berKARAT?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hish kalau ditengok dari tajuk tu cam lain macam je kan?
Tapi yang sebenarnya tu la ape yg saya pikir sebelum tau pasal emas..almaklumla budak engine, camni la pemikirannya hahaha...kalau amik fine art tu lain la, mesti expert kan,
Takkan emas berKARAT? hahaha kalau berKARAT habis la kulit2 leher dan tangan tuh :) takde la org nak pakai emas dah,

Pertama sekali yang penting, mmg KARAT ada kaitan dengan emas dan KARAT sebenarnya adalah unit yang diguna kan oleh org pada masa dahulu sebagai timbangan berat sebelum adanya unit gram, oz dan sebagainya. 
So, jangan la tak mau beli emas pulak lepas ni k,
Ia berasal daripada biji kacang carob yang dianggap setiap bijinya ada lah sama berat walau dimana ia tumbuh..kat Malaysia ada ke kacang jenis ni??

Emas 24 KARAT atau Emas 24K adalah emas yang paling tulen dengan peratusan ketulenan emas 99.99%. Sebenarnya, emas yang diperolehi dari lombong emas diproses untuk mendapatkan emas tulen kerana emas yg dilombong atau emas mentah ini masih mengandungi bendasing yang tidak dapat di ekstrak menyebabkan ketulenannya menjadi 99.99%.


Sifat semulajadi emas adalah logam lembut, jadi dengan mencampurkan logam2 lain seperti kuprum, zink, nikel, palladium dan perak mengikut nisbah yg tertentu menghasilkan pelbagai kategori emas dan warnanya. Jadual dibawah adalah kategori-kategori emas yang saya maksudkan.




Kategori Emas
Ketulenan
Keterangan
24 K
99.9%
Atau dikenali sebagai emas sepuluh. Emas ini sesuai digunakan untuk pelaburan.
22 K
91.6%
Atau dikenali sebagai emas 916. Emas ini banyak dijadikan barang perhiasan wanita. Pastikan barang kemas yang dibeli mempunyai cop 916 dipermukaan belakang barang kemas dan bukannya 22K. Emas yang di cop 22K mungkin dihasilkan di India dan ianya tidak disahkan di Malaysia dan harga jualannya adalah rendah daripada harga emas 916 bergantung kepada keputusan ujian ketulenan emas. So, kaum wanita kene ingat benda ni.
21 K
87.5%

20 K
83.5%

18 K
75.0%
Emas yang sertakan batu seperti berlian, delima dan lain-lain
14 K
58.5%
Emas campur, biasanya digunakan oleh tok2 dan nenek2 kita dahulu
10 K
41.7%

9 K
37.5%
Emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki


Tedapat juga emas yang dikenali segabai 'Emas Putih'. Emas ini amat diminati oleh ramai wanita tetapi bagi kaum melayu dan india, emas kuning adalah pilihan utama. Ini adalah kerana, harga jualan balik bagi emas putih sangat rendah jika dibandingkan dengan emas kuning walaupun harga jualannya tinggi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 


Sekian...






No comments:

Post a Comment