Friday 17 February 2012

Emas ni ape ek??

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....
Wah cam berat sangat pulak entri kali ni,
Saya tahu kawan-kawan pon dah tau ape tu emas kan?
Tapi tak ramai yang tau dan kenal emas ini...
majoriti kawan-kawan yang saya tanya hanya tahu yang emas ni untuk perhiasan dan untuk pelaburan sahaja..
nak beli emas, pegi je kat kedai emas, tak tau pon jenis yg emas dibeli..asal cantik,
murah (eh ye ke? hehe) terus je sambar, tanpa tau akan ketulenan emas yg dibeli..
Penting ilmu ni kawan-kawan, terutama kepada sesiapa yg ingin berjinak-jinak dalam pelaburan emas ni..

Emas adalah kategori logam asli yang sangat istimewa. Saya maksudkan emas adalah istimewa disebabkan oleh ciri-ciri fizikal dan daya ketahan emas terhadap asid. Selain logam emas yg padat, warna kuning berkilauan dan lembut (mudah ditempa dan mulur), emas juga dapat mengekal ciri fizikalnya terutama warnanya tanpa mengalami pengoksidaan udara dan air. Disebabkan ciri-ciri emas ini serta kesukaran untuk mendapatkannya menyebabkan ia begitu bernilai pada masa kini.

ketulan nuget emas 

Sejak zaman dahulu lagi pencarian emas melalui aktiviti perlombongan telah wujud melalui penemuan syiling emas purba kerana emas tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya..

  
syiling emas zaman dahulu (wah kaya diorg ni hehehe) 

Ha dah dapat serba sedikit kan ilmu pengenalan emas ni? Pernah dengar kan perkataan KARAT, Emas 999, Emas 916 dan lain-lain?
Sebelum saya tau pasal emas, saya pun tertanya-tanya dulu apasal la orang beli emas yg berKARAT? hahaha kelakar kan...
Ala ramai kengkawan saya pon tak tau benda ni, sebab ramai yg tanya saya, dan ilmu ini penting sebagai pelabur emas...
Saya akan terangkannya dalam entri yg akan datang k...

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 


Sekian...


No comments:

Post a Comment