Tuesday 13 March 2012

Bahagian 2 : Kenapa Perlu Melabur dengan EMAS?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Saya akan menyambung kembali perbincangan kita.
Saya sertakan kembali carta yang saya terangkan dalam entri sebelum ini supaya pembaca-pembaca jelas dengan ape yg cuba saya terangkan ok :)


ASB, ASN, ASW2020
Melabur dalam Amanah Saham Nasional Berhad adalah satu pelaburan yang bijak. Pelaburan jenis ini adalah pelaburan yg selamat dan dividen atau pulangannya adalah sangat konsisten. Memang tak rugi lah menyimpan dalam ASNB. Kalau kita nak gandakan pulangan wang kita dalam KWSP juga saya cadangkan anda laburkan wang tersebut dalam ASNB.
Pergi je mana-mana pejabat ASNB, mintalah pendapat diorang. Tapi selalunya kita kenalah bersaing dengan orang-orang lain kerana unit yang ditawarkan adalah terhad.

Selain daripada pulangan pelaburan yang konsisten, terdapat juga kelebihan simpanan melalui ASNB, iaitu Over Draft (OD).
Antara kelebihan OD adalah, kita dapat menggunakan duit kita dikala terdesak melalui cagaran nilai wang kita yang disimpan dalam ASNB. Kalau tak silap saya, nilai yang kita akan perolehi adalah 70% daripada nilai cagaran wang kita. Ni dah kira macam Ar Rahnu nih hehehe.
(Kepada sesiapa yang bercadang nak kawen tu, tak perlulah keluarkan semua duit dalam ASB, buat je OD, selain kita dapat melabur duit didalam ASB dengan nilai yang kita ada tu, kita ada juga duit daripada OD)
Selain itu, interest OD adalah rendah berbanding dengan Kad Kredit. Interest OD adalah Daily Basis manakala Kad Kredit Monthly Basis. Selalunya bank-bank yang menawarkan OD ini akan memberi kita buku cek untuk kita membuat proses jual beli.


Unit Trust (UT)
Kalau lah anda sukakan pelaburan yg berisiko pertengahan (moderate risk), bukanlah risiko tinggi dan tidak juga lah risiko rendah, bolehlah mencuba UT. Boleh dikatakan semua bank-bank yang ada, semuanya menawarkan UT ini.
Anda juga boleh membuat potongan gaji atau pon melabur untuk KWSP masuk kedalam UT. Pelaburan ini dikatakan moderate risk kerana duit pelaburan kita ada dilaburkan dalam banyak tempat/dana dan diuruskan oleh pengurus dana yg berpengalaman. 
Sebagai contoh, duit kita akan dilaburkan dalam 5 tempat iaitu, 1) Syarikat hartanah A, 2) Syarikat Motor B, 3) Kedai Ubi Makcik Yah 4) Kedai Bunga Ani dan 5) Kedai Basikal Ahmad.
Jika salah satunya mengalami kerugian, 4 tempat pelaburan yang lain tadi akan cover kerugian kita. 
Ianya dipanggil diversified investment.
Kalau tak faham lagi, saya bg contoh yg lebih mudah, kita ke kedai beli 10 biji telur (dah macam belajar math pulak hehehe),So kita cakap la kat tokey tu supaya masukkan setiap 2 biji telur untuk beg plastik yg berlainan, jadi ada 5 la beg plastik yg kita pegang.
Tiba-tiba ada anjing kejar, maka mencanak-canak la kita lari, semasa lari tu, jatuh satu beg plastik yg kita pegang, tinggal la 8 biji dari 4 beg plastik yg lain.
Takdela rugi manakan kalau dibandingkan jika kita masukkan 10 biji telur dalam 1 beg plastikkan?
Pelaburan ini juga ada tempoh matangnya. Selalunya untuk pelaburan jangka masa panjang sesuai la terutama untuk 3 tahun dan keatas.
Kalau la kita ingin menjual dana kita dalam tempoh kurang dari 3 tahun, selalunya jumlah wang yg dilaburkan akan dipotong untuk cover duit pemprosesan termasuk duit komisyen agent dan sebagainya...huhu tu belum lagi hasil pelaburan kurang memuaskan...pasni saya akan sambung pengalam saya dala UT.


KLSE
Pergh...kepada sesiapa yg melabur dalam stock memang saya tabik la. Tapi nak kene bijak la.
Kepada sesiapa yang nak menceburi pelaburan ini, pastikan anda berjumpa dengan Mentor yg betul k...
Remisier? Hhmmm jgn la harapkan diorang nih, diorang pon tak berani nak ambil risiko, amik komisyen ok je pulak tuh -__________-
Saya tabik kerana golongan yang main stock ni orang-orang yang berani bakar duit,
macam orang hisap rokok jugak la nih lebih kurang.
Kalau kawan-kawan berani nak bakar duit buleh lah cuba kerana kalau kene gayanya, duit pelaburan anda boleh berlipat kali ganda sebanyak +400%.
Dan kalau tak kene ngan gayanya, boleh muflis kita dibuatnya kerana kita akan kerugian sampai berlipat kali ganda juga -400% hehehe. Dasyat nih...
Kalau orang yang biasa-biasa seperti kita, mungkin tak mampu untuk membeli lot-lot yg ada.
Modalnya juga besar, sebab itulah risikonya juga besar.

Sampai disini dulu pembelajaran kita pada hari ini, kang panjang sangat, bosan pulak hehehe :)
Saya akan terangkan bahagian  ke- 3 di entri yg lain..


Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 

Sekian...






No comments:

Post a Comment