Tuesday 27 March 2012

Bahagian 3 : Kenapa Perlu Melabur dengan EMAS?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Wah lamanya tak dapat nak update blog,
maklumlah banyak benda nak kene buat sekarang ni + hit target progress Projek Jambatan Kedua, PP.

Menyambung kembali perbincangan kita sebelum ni, saya harap kawan-kawan dah faham la kan serba sedikit mengenai 7 basic investment kat Malaysia.
Tapi tu cuma basic, seperti apa yang telah diterang kan kepada saya oleh seorang Unit Trust Consultant waktu mula-mula kerja dulu huhu, 
Jadi, dengan tiada ilmu didada, tengok je carta yang diterangkan terus je lambakkan duit (Pergh cam banyak duit je kan) kat UT, sebab tu je return yang paling tinggi, kalau nak masuk KLSE memang tak layak + takut hahaha


Tapi, bila tengok je statement every month...hmmm hampeh (UTC tu malas nak monitor and switch fund agaknya -___-)
Kenapa dulu takde orang pon tunjukkan carta yang macam ni???
Hehehe benda yang sama tapi ada tambahan sikit :)


Kalau la saya sedar dari dulu macamni, dah tentu-tentu EMAS yang menjadi pilihan.

Mungkin pendedahan emas masa dulu-dulu kurang, tetapi kalau dibandingkan sekarang, hmmm semua nye emas termasuk hadiah top up Touch 'n' Go di Maybank pun dapat hadiah emas huhu.





Untung betul kepada sesiapa yang dah simpan emas zaman dolu-dolu hehe, Jadi sebelum terlambat, mulakan pelaburan yang bijak SEKARANG. Jangan risau dengan harga emas sekarang, walaupun kita rasa yang harga emas tinggi, tapi bayangkan untuk jangkamasa 5-10 tahun yang akan datang.



Metro Ahad 26 Feb 2012

Kalau kita imbas balik harga emas pada tahun 2006-2012

Trend peningkatan harga emas. Jadi nak tunggu sampai bila??
Untuk gandakan duit dalam pelaburan emas, banyakkan bertanya kepada yang arif, melaburlah di tempat yang betul, bak kata Johan dalam iklan TV tu, semak la syarikat-syarikat yang ingin anda sertai tu di SSM ok.
Emas perhiasan kurang sesuai untuk dijadikan sumber pelaburan. Ini adalah kerana spread (nilai susut) nya yang tinggi dan harga + upahnya juga tinggi. Bayangkan jumlah barang perhiasan anda bernilai RM100,000 (wah 500g lebih nih). nilai susut barang perhiasan adalah sekitar 20-30%. Jadi anda akan rugi sebanyak RM 30,000. Banyakkan rugi??
Tetapi kalau kita membeli emas pelaburan, spread nya adalah sekitar 6-10%.

Tetapi tak salah untuk si suami ingin membeli barang kemas untuk si isteri. Cuma sebelum pergi ke kedai emas, semak lah harga untuk peniaga-peniaga emas Malaysia di:
http://www.fgjam.org.my/

Jadi sebelum terlambat, belilah emas sekarang, buat lah pelaburan yang bijak. Untuk entri yang seterusnya, saya akan terangkan jenis-jenis pelaburan yang lain, tungguuuu...

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 

Sekian...


No comments:

Post a Comment