Tuesday, 21 February 2012

Kenapa emas berKARAT?

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hish kalau ditengok dari tajuk tu cam lain macam je kan?
Tapi yang sebenarnya tu la ape yg saya pikir sebelum tau pasal emas..almaklumla budak engine, camni la pemikirannya hahaha...kalau amik fine art tu lain la, mesti expert kan,
Takkan emas berKARAT? hahaha kalau berKARAT habis la kulit2 leher dan tangan tuh :) takde la org nak pakai emas dah,

Pertama sekali yang penting, mmg KARAT ada kaitan dengan emas dan KARAT sebenarnya adalah unit yang diguna kan oleh org pada masa dahulu sebagai timbangan berat sebelum adanya unit gram, oz dan sebagainya. 
So, jangan la tak mau beli emas pulak lepas ni k,
Ia berasal daripada biji kacang carob yang dianggap setiap bijinya ada lah sama berat walau dimana ia tumbuh..kat Malaysia ada ke kacang jenis ni??

Emas 24 KARAT atau Emas 24K adalah emas yang paling tulen dengan peratusan ketulenan emas 99.99%. Sebenarnya, emas yang diperolehi dari lombong emas diproses untuk mendapatkan emas tulen kerana emas yg dilombong atau emas mentah ini masih mengandungi bendasing yang tidak dapat di ekstrak menyebabkan ketulenannya menjadi 99.99%.


Sifat semulajadi emas adalah logam lembut, jadi dengan mencampurkan logam2 lain seperti kuprum, zink, nikel, palladium dan perak mengikut nisbah yg tertentu menghasilkan pelbagai kategori emas dan warnanya. Jadual dibawah adalah kategori-kategori emas yang saya maksudkan.




Kategori Emas
Ketulenan
Keterangan
24 K
99.9%
Atau dikenali sebagai emas sepuluh. Emas ini sesuai digunakan untuk pelaburan.
22 K
91.6%
Atau dikenali sebagai emas 916. Emas ini banyak dijadikan barang perhiasan wanita. Pastikan barang kemas yang dibeli mempunyai cop 916 dipermukaan belakang barang kemas dan bukannya 22K. Emas yang di cop 22K mungkin dihasilkan di India dan ianya tidak disahkan di Malaysia dan harga jualannya adalah rendah daripada harga emas 916 bergantung kepada keputusan ujian ketulenan emas. So, kaum wanita kene ingat benda ni.
21 K
87.5%

20 K
83.5%

18 K
75.0%
Emas yang sertakan batu seperti berlian, delima dan lain-lain
14 K
58.5%
Emas campur, biasanya digunakan oleh tok2 dan nenek2 kita dahulu
10 K
41.7%

9 K
37.5%
Emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki


Tedapat juga emas yang dikenali segabai 'Emas Putih'. Emas ini amat diminati oleh ramai wanita tetapi bagi kaum melayu dan india, emas kuning adalah pilihan utama. Ini adalah kerana, harga jualan balik bagi emas putih sangat rendah jika dibandingkan dengan emas kuning walaupun harga jualannya tinggi.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 


Sekian...






Friday, 17 February 2012

Emas ni ape ek??

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....
Wah cam berat sangat pulak entri kali ni,
Saya tahu kawan-kawan pon dah tau ape tu emas kan?
Tapi tak ramai yang tau dan kenal emas ini...
majoriti kawan-kawan yang saya tanya hanya tahu yang emas ni untuk perhiasan dan untuk pelaburan sahaja..
nak beli emas, pegi je kat kedai emas, tak tau pon jenis yg emas dibeli..asal cantik,
murah (eh ye ke? hehe) terus je sambar, tanpa tau akan ketulenan emas yg dibeli..
Penting ilmu ni kawan-kawan, terutama kepada sesiapa yg ingin berjinak-jinak dalam pelaburan emas ni..

Emas adalah kategori logam asli yang sangat istimewa. Saya maksudkan emas adalah istimewa disebabkan oleh ciri-ciri fizikal dan daya ketahan emas terhadap asid. Selain logam emas yg padat, warna kuning berkilauan dan lembut (mudah ditempa dan mulur), emas juga dapat mengekal ciri fizikalnya terutama warnanya tanpa mengalami pengoksidaan udara dan air. Disebabkan ciri-ciri emas ini serta kesukaran untuk mendapatkannya menyebabkan ia begitu bernilai pada masa kini.

ketulan nuget emas 

Sejak zaman dahulu lagi pencarian emas melalui aktiviti perlombongan telah wujud melalui penemuan syiling emas purba kerana emas tidak boleh dibinasakan dan tidak akan hilang nilainya..

  
syiling emas zaman dahulu (wah kaya diorg ni hehehe) 

Ha dah dapat serba sedikit kan ilmu pengenalan emas ni? Pernah dengar kan perkataan KARAT, Emas 999, Emas 916 dan lain-lain?
Sebelum saya tau pasal emas, saya pun tertanya-tanya dulu apasal la orang beli emas yg berKARAT? hahaha kelakar kan...
Ala ramai kengkawan saya pon tak tau benda ni, sebab ramai yg tanya saya, dan ilmu ini penting sebagai pelabur emas...
Saya akan terangkannya dalam entri yg akan datang k...

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 


Sekian...


Wednesday, 15 February 2012

Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Akhirnya....hehehe saspen je kan..
Bukannya ape, setelah sekian lamanye dok mengkaji, berfikir mengenai pelaburan emas nih,
akhirnya berjaya jugak lah saya buat blog ni...
kalau kita taip je pasal pelaburan emas ni, banyak sgt. blogger atau otai2 emas yg cite pasal benda ni..
so, tujuan saya sama juga..untuk memberi pendedahan dan ilmu2 yg berguna kepada kawan2 semua...
Ye la..ramai kawan2 yg sms/call bertanyakan ilmu pelaburan emas ni,
sebijik macam saya masa mula2 nak tau dulu hahahah...
so, saya berharap dengan wujudnya blog ini, dapat la saya bantu kawan2 yg nak menceburi bidang ni, yg memalu nak tanya tu, jgn risau,saya pon camtu gak dulu..sama2la kita mendalami ilmu emas ini k
Kepada blogger2 otai emas, sila beri tunjuk ajar kepada saya dan tegur ape yg silap k...

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 

Sekian...