Sunday 6 May 2012

Hati-hati Penipuan Pelaburan Emas

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
Macamana kawan-kawan? Dah sedia faham dengan pelaburan emas?
 Kalau dah faham alhamdulillah dan tahniah kepada yang telah bertindak segera..
Kepada yang baru ingin menceburi pelaburan emas, banyakkan membaca, mengkaji dan bertanya kepada yang pakar,
Ada juga kawan-kawan yang bertindak terburu-buru dalam pelaburan emas ini sehinggakan sanggup mengeluarkan sejumlah wang untuk pelaburan. Ramai dah tertipu. Ingat ye kawan-kawan, sebelum bertindak, kaji terlebih dahulu syarikat mana yang anda ingin melabur. Anda boleh menyemak syarikat yang anda ingin melabur dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau SSM.

Saya akan memberi beberapa tips kepada kawan-kawan yang berminat untuk melabur emas. 

1. Pastikan anda tahu apa yang anda mahu.
 Kalau betul-betul pasti, yang anda mahukan sesuatu yang dapat menjamin masa hadapan anda anda perlu menkaji terlebih dahulu, jangan ambil jalan mudah. Jika anda pilih pelaburan emas, pastikan anda jumpa atau tanya orang-orang yang betul untuk menerangkan mengenai pelaburan emas. Tengok 'track record' pelaburan yang anda mahu. Selalunya 'track record' dalam bentuk graf dan sangat teknikal, jadi ilmu ini penting. Banyakkan membaca dan bertanya kepada yang pakar ye kawan-kawan.

2. Semak dengan SSM.
Jika sudah pasti dengan pelaburan emas yang anda mahu. Pastikan syarikat pelaburan emas tu ada mendaftar dengan SSM. Anda perlu menyemak di laman web SSM ataupun pergi sahaja di SSM yang berhampiran. Benda ni nampak remeh, tapi ramai yang tertipu.
Jangan dengar je pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan, anda semua terus je tabur duit tanpa menyemak. Bahaya ye kawan-kawan terutama yang melibatkan nilai wang yang tinggi.

3. Pastikan anda terima atau simpan sendiri EMAS.
Banyak penipuan dalam pelaburan emas, jadi hati-hati terutamanya kepada pelabur-pelabur baru yang ingin melabur emas. Pastikan anda beli emas dan terima emas tersebut. Jangan terpedaya dengan sendikit emas yang menyatakan pelaburan emas hanya dapat penyata sahaja kerana emas tersebut dilaburkan. Ini PENIPU ye kawan-kawan. Pastikan kita terima emas pelaburan tersebut. Bagi yang melabur di bank-bank Malaysia contohnya Maybank, anda tidak akan mendapat emas tersebut, anda hanya dapat buku pelaburan seperti buku akaun bank anda. Jangan pula minta dikaunter Maybank emas anda ye :). Kalau syarikat berdaftar seperti Maybank, takperlu lah kita risau ye kawan-kawan.
Jika anda melabur di syarikat XYZ, anda hanya dapat buku penyata pelaburan anda sahaja tanpa pegang sendiri emas yang dibeli. Sekiranya syarikat tersebut bankrap atau larikan diri, anda akan kerugian wang pelaburan anda. Tetapi jika kita memegang emas pelaburan, apa-apa terjadi pada syarikat tersebut, kita masih lagi punyai emas yang boleh kita jual dimana-mana. Jadi pastikan anda beli emas dan dapat emas, dan emas tersebut adalah tulen. Ingat kawan-kawan! 

4. Pastikan Emas anda beli adalah tulen.
Kalau kita beli kereta, kita akan pegang geran kereta yang menyatakan no casis kereta anda. Kalau kereta itu jual sekalipon, geran kereta akan berpindah milik kepada pemilik baru. Semua faham dah jelas pasal ini kan? Macam tu juga emas, setiap emas yang dibeli akan ada sijil lahirnya yang menyatakan ketulenan emas, no sirinya dan ditanda tangani oleh assayer yang berdaftar.
Entri yang akan datang saya akan terangkan cara nak tahu ketulenan emas. Tapi kita bulan lah ahli nujum yang bole tahu ketulenan emas hanya dengan tengok melalui mata kasar kita, jadi pergilah mana-mana kedai emas yang boleh menentukan ketulenan emas dengan peralatan canggih mereka.

Setakat ini saja lah dulu yang dapat saya sampaikan, diharap ilmu ini berguna kepada kawan-kawan semua, ingat 'BELI EMAS DAPAT EMAS' ye kawan. Kalau berminat nak beli sebarang produk dari Public Gold, boleh lah hubungi saya...
Ketulenan emas adalah terjamin, nilai susut atau 'spread' emas dari keluaran Public Gold yang dijual adalah rendah...Jadi jangan berlengah membuat pelaburan yang bijak...Harga tengah rendah,jangan berlengah lagi ye
 
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 
Sekian...

No comments:

Post a Comment