Thursday 3 May 2012

Bahagian 3 - Ar-Rahnu

 Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....
kita kembali kepada sambungan kelebihan sistem Ar-Rahnu...
Semoga kawan-kawan dapat memahami sistem pajakan islam atau Ar-Rahnu dengan lebih teperinci ye...


6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai.
Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu dan Al-Wadiah Yad Dhamanah:
• Ar-Rahnu :
merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
• Al-Wadiah Yad Dhamanah :
merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
PAJAK GADAI AR RAHNU BOLEH DIDAPATI di Bank Agrobank ataupun Bank Rakyat dan pelbagai institusi lain samada syarikat swasta mahu pun koperasi..
CARA MELAKUKAN AR-RAHNU DI BANK 
1-Anda Bawa kad pengenalan dan emas yang ingin di gadai ke Bank ,
2-Anda ambil nombor giliran untuk Ar-Rahnu di Bank dan tunggu sehingga nombor anda di panggil.
3-Serahkan emas anda untuk di timbang beratnya kepada pegawai bank.
4-Anda isikan butir diri yang benar pada borang yang di berikan oleh pegawai bank.
5-Setelah butiran di sahkan benar dan berat emas diketahui, anda akan menerima tunai kebiasaannya sebanyak 60% dari jumlah berat emas anda.
6-Simpan slip gadaian Ar-Rahnu anda dengan baik, jika hilang anda perlu buat laporan polis dan perlu mengangkat sumpah di pesuruhjaya sumpah untuk mendapatkan salinan yang baru.
8-Tebus semula emas anda dengan membawa slip simpanan Ar-Rahnu anda pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh akhir gadaian anda. maksima simpanan 6 bulan.
Sebarang pertanyaan kawan-kawan boleh lah terus hubungi saya atau tinggalkan komen kepada saya.....
Insya Allah, yang mana saya boleh bantu, saya akan kongsikan kepada anda ye..


Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 
Sekian...

No comments:

Post a Comment