Saturday, 23 June 2012

Perbezaan Emas Pelaburan dan Hiasan



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah kalau kita tengok harga emas sekarang nampaknya ada sedikit pertambahan jika dibandingkan dengan harga pada bulan lepas...tahniah saya ucapkan kepada pelabur-pelabur baru dan kepada pelabur baru yang masih ragu-ragu untuk bertindak...inilah juga masa nya kerana harga emas masih ditahap yang rendah...sesuai untuk melabur...
Untuk entri ini, saya akan terangkan lagi perbezaan emas pelaburan dan emas hiasan...


Untuk pengetahuan kawan-kawan, Emas untuk tujuan pelaburan mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang jauh lebih rendah berbanding Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang dijual oleh Public Gold hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung kepada beratnya, semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread yang dikenakan dan sebaliknya. Ingat ye kawan-kawan, hanya Public Gold sahaja yang memberi kadar seperti berikut untuk Emas keluarannya.



Manakala kadar Spread Emas perhiasan pula amat tinggi iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan menyebabkan pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas menjadi rendah.

 
Sebagai contoh pada tahun lalu kenaikan harga Emas adalah sebanyak 28%. Jika saya membeli Emas 100g (Spread 4.5%) yang dijual oleh Public Gold dan menjualnya semula pada awal tahun ini, keuntungan saya ialah 28% (Kenaikan Emas) - 4.5% (Spread) = 23.5%.


Berbanding jika saya membeli 100g Emas yang dijual oleh kedai emas dengan Spread 25%, pulangannya hanya sekitar 28% (Kenaikan Emas) - 25% (Spread) = 3%.



Emas bagi tujuan Pelaburan juga lebih menitikberatkan aspek kandungan ketulenan Emas dan Beratnya, berbanding Emas perhiasan lebih menitikberatkan aspek Rekabentuk dan Kehalusan Senireka dan seringkali berlaku situasi dimana Emas perhiasan yang dijual dengan harga Emas berketulenan 916, sebaliknya ketulenan sebenar hanya sekitar 835 dan 750 sahaja.

Kesimpulannya, selagi logam Emas yang anda simpan, ianya tetap memberi nilai kepada anda pada masa hadapan. Cuma yang membezakannya adalah ketulenan Emas yang boleh membuat harga Emas tersebut berbeza. Nasihat saya, sekurang-kurangnya simpanlah Emas untuk pelaburan kerana harga belian dan spread jualannya adalah rendah jika dibandingkan dengan Emas perhiasan. Sudah tentulah harga Emas perhiasan adalah lebih tinggi bagi menampung kos pembuatannya.



P/S: Thanks kepada otai2 Emas yang telah berkongsi ilmu EMAS

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 
Sekian...

No comments:

Post a Comment