Assalamualaikum dan Salam 1
Malaysia...
Hari ini saya akan kongsikan produk2
keluaran Public Gold...Ye la macamana nak invest kalau tak tau produk yang
dijual...
Sebelum tu, saya nak cerita sikit
mengenai Public Gold walaupun kat luar tu banyak tempat yang menjual produk
berkaitan emas ni...
Public Fine Gold International Sdn
Bhd yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 adalah sebuah syarikat yang menjalankan
perniagaan menjual & membeli Emas dan Perak bagi tujuan pelaburan disamping
mereka juga ada menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi
keluarannya.
Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari
Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang
menghasilkan Emas & Perak bagi tujuan Pelaburan. Kini, hanya dalam masa
kira-kira 3 tahun sahaja, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah berjaya
dirangkul oleh Public Gold, diantaranya Malaysia Bussines Award, APEA Award,
KWYP Award dan ARIFF Award.
Syarikat Public Gold pada hari ini
mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai-kedai menjual emas yang lain
seperti Poh Kong, Habib Jewels, Tomei dll, cuma perbezaannya adalah Public Gold
memfokuskan jualan Emas untuk tujuan pelaburan dan kedai2 emas yang ada di
pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan.
Produk-produk Public Gold terdapat dalam bentuk
Gold Bar, Syiling Emas, Syiling Dinar, Emas Perhiasan (I-Series) dan Emas Putih
(Silver).
1. Gold Bar
Saya
akan terang kan cara-cara nak semak harga emas seperti yang tertera di ruangan
kanan anda.
Seperti
contoh table diatas, harga yang tertera berdasarkan harga pada13 Mei 2012 jam
3.35pm. (Harga tengah turun
nih!!)
Jika
kawan-kawan berminat untuk membeli salah satu daripada GB yang tertera diatas.
Anda perlu semak harga diruangan PG Sell. Sebagai contoh, jika anda ingin
membeli GB 100g, harganya ialah RM16,878.00. Untuk jualan anda semak harga di
PG Buy iaitu RM16,034.00 untuk GB 100g. Spread harga ataupun susut harga ialah
sebanyak 5%.
Semakin
berat GB yang anda beli, semakin rendah spread emas anda.
2.Gold Coin (Syiling Emas)
Harga bagi 50 gram GC adalah bersamaan dengan harga 50 gram GB.
Sila rujuk table harga diatas.
3. Gold Dinar Coin (Syiling Dinar)
Seperti
yang telah saya terangkan diatas untuk GB, harga Gold Dinar juga and boleh
semak sebelum anda ingin membeli sebarang syiling dinar. Harga nya kalau
dilihat sedikit berbeza dengan harga bagi GB dan GC kerana harga emas
berdasarkan ketulenan emas. Ketulenan GD ada 916 manakala GB dan GC adalah
999.9.
Untuk
harga GD, semakin berat dinar yang dibeli semakin rendah harganya. Secara
teknikalnya jika anda beli 10 Dinar, bersamaan RM6923.00, tetapi jika anda beli
1 Dinar sebanyak 10 keping, 1 Dinar x 10 kpg = 10 Dinar (RM698 x 10 = RM 6980).
Jadi anda telah jimat RM57.00. Spread harga bg GD adalah sekitar 6%.
4. I-Series (Jewellery)
I-Series
ini adalah produk keluaran Public Gold yang boleh dikatakan terbaru juga lah
buat masa ini.
Ianya
dikeluarkan dalam bentuk barang perhiasan wanita yang boleh dipakai terus untuk
perhiasan.
Fungsinya
sebagai emas pelaburan juga masih dikekalkan kerana nilai spread nya yang
rendah jika dibandingkan dengan emas perhiasan yang dijual dikedai-kedai emas.
Nilai susut/spread untuk produk I-Series adalah 10% berbanding 20%-30% bagi
barang kemas perhiasan yang lain.Ramai pelabur sekarang mimilih untuk bertukar
kepada I-Series kerana ianya boleh dipajakkan/Ar Rahnu untuk menambah pelaburan
emas anda atau wang tunai tersebut boleh digunakan untuk kegunaan yang lain. (Saya akan kongsikan rahsia memaksimumkan penggunaan Ar Rahnu
di entri yang akan datang)
5. Silver Bars
Untuk
produk Silver juga mendapat sambutan yang menggalakkan terutama bagi golongan
cina. Harga bagi silver juga rendah jika dibandingkan dengan produk emas.
Tetapi
ramai otai-otai emas meramalkan dalam tempoh 2-5 tahun akan datang harga bagi
silver akan melonjak seiring dengan harga emas. Maksudnya jika harga emas
melonjak naik, harga bagi silver juga akan naik. Jadi nak melabur dalam silver
juga adalah satu tindakan yang bijak untuk memaksimumkan keuntungan anda pada
masa hadapan. Harga tengah rendah, jadi tak rugi anda beli.
Ini adalah gambaran sebenar bagi produk Gold Bar, Gold Dinar dan
Bracelet I-Series.
Untuk
pengetahuan kawan-kawan yang berminat untuk membeli sebarang produk Public
Gold, harga setiap produk emas di Public Gold akan berubah setiap 20 minit.
Jadi semak harga selalu dan study la sikit-sikit trend harga emas dalam table
kanan tu ye. Kalau ada masalah atau pertanyaan, call je atau sms pon boleh...
Sebarang pertanyaan sila hubungi saya
segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632
4320
Sekian...