Thursday 12 July 2012

Harga Emas TURUN??!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia....

Kepada kawan-kawan yang belum tidur lagi tuh....
Sila lihat di jadual harga emas terkini di kanan anda....Harga Emas RENDAH!!
Kepada yang masih berkira-kira untuk melabur dengan Emas, bertindaklah sekarang....harga yang terBAIK!!!
Jangan berlengah lagi....

Kepada kawan-kawan yang telah melabur Emas, jangan risau....
 inilah peluang anda untuk menambah koleksi Emas.....
Cubalah Ar-Rahnu...dapat modal dan beli Emas lagi hehehe......


Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 
Sekian...

Saturday 23 June 2012

Perbezaan Emas Pelaburan dan Hiasan



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah kalau kita tengok harga emas sekarang nampaknya ada sedikit pertambahan jika dibandingkan dengan harga pada bulan lepas...tahniah saya ucapkan kepada pelabur-pelabur baru dan kepada pelabur baru yang masih ragu-ragu untuk bertindak...inilah juga masa nya kerana harga emas masih ditahap yang rendah...sesuai untuk melabur...
Untuk entri ini, saya akan terangkan lagi perbezaan emas pelaburan dan emas hiasan...


Untuk pengetahuan kawan-kawan, Emas untuk tujuan pelaburan mempunyai kadar Spread (susut nilai) yang jauh lebih rendah berbanding Emas Perhiasan. Sebagai contoh Emas yang dijual oleh Public Gold hanya dikenakan Spread sekitar 4%-8% bergantung kepada beratnya, semakin berat Emas nya maka semakin rendah Spread yang dikenakan dan sebaliknya. Ingat ye kawan-kawan, hanya Public Gold sahaja yang memberi kadar seperti berikut untuk Emas keluarannya.



Manakala kadar Spread Emas perhiasan pula amat tinggi iaitu sekitar 25%-30%. Kadar Spread yang tinggi akan menyebabkan pulangan yang bakal diraih dari kenaikan semasa harga emas menjadi rendah.

 
Sebagai contoh pada tahun lalu kenaikan harga Emas adalah sebanyak 28%. Jika saya membeli Emas 100g (Spread 4.5%) yang dijual oleh Public Gold dan menjualnya semula pada awal tahun ini, keuntungan saya ialah 28% (Kenaikan Emas) - 4.5% (Spread) = 23.5%.


Berbanding jika saya membeli 100g Emas yang dijual oleh kedai emas dengan Spread 25%, pulangannya hanya sekitar 28% (Kenaikan Emas) - 25% (Spread) = 3%.



Emas bagi tujuan Pelaburan juga lebih menitikberatkan aspek kandungan ketulenan Emas dan Beratnya, berbanding Emas perhiasan lebih menitikberatkan aspek Rekabentuk dan Kehalusan Senireka dan seringkali berlaku situasi dimana Emas perhiasan yang dijual dengan harga Emas berketulenan 916, sebaliknya ketulenan sebenar hanya sekitar 835 dan 750 sahaja.

Kesimpulannya, selagi logam Emas yang anda simpan, ianya tetap memberi nilai kepada anda pada masa hadapan. Cuma yang membezakannya adalah ketulenan Emas yang boleh membuat harga Emas tersebut berbeza. Nasihat saya, sekurang-kurangnya simpanlah Emas untuk pelaburan kerana harga belian dan spread jualannya adalah rendah jika dibandingkan dengan Emas perhiasan. Sudah tentulah harga Emas perhiasan adalah lebih tinggi bagi menampung kos pembuatannya.



P/S: Thanks kepada otai2 Emas yang telah berkongsi ilmu EMAS

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 
Sekian...

Wednesday 16 May 2012

Produk Keluaran Public Gold

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...
 Hari ini saya akan kongsikan produk2 keluaran Public Gold...Ye la macamana nak invest kalau tak tau produk yang dijual...

Sebelum tu, saya nak cerita sikit mengenai Public Gold walaupun kat luar tu banyak tempat yang menjual produk berkaitan emas ni...

Public Fine Gold International Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 23 Mei 2008 adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan menjual & membeli Emas dan Perak bagi tujuan pelaburan disamping mereka juga ada menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. 
Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas & Perak bagi tujuan Pelaburan. Kini, hanya dalam masa kira-kira 3 tahun sahaja, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah berjaya dirangkul oleh Public Gold, diantaranya Malaysia Bussines Award, APEA Award, KWYP Award dan ARIFF Award.

Syarikat Public Gold pada hari ini mempunyai fungsi yang sama sebagaimana kedai-kedai menjual emas yang lain seperti Poh Kong, Habib Jewels, Tomei dll, cuma perbezaannya adalah Public Gold memfokuskan jualan Emas untuk tujuan pelaburan dan kedai2 emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan.

Produk-produk Public Gold terdapat dalam bentuk Gold Bar, Syiling Emas, Syiling Dinar, Emas Perhiasan (I-Series) dan Emas Putih (Silver).

1. Gold Bar 


Saya akan terang kan cara-cara nak semak harga emas seperti yang tertera di ruangan kanan anda.

Seperti contoh table diatas, harga yang tertera berdasarkan harga pada13 Mei 2012 jam 3.35pm. (Harga tengah turun nih!!)
 Jika kawan-kawan berminat untuk membeli salah satu daripada GB yang tertera diatas. Anda perlu semak harga diruangan PG Sell. Sebagai contoh, jika anda ingin membeli GB 100g, harganya ialah RM16,878.00. Untuk jualan anda semak harga di PG Buy iaitu RM16,034.00 untuk GB 100g. Spread harga ataupun susut harga ialah sebanyak 5%.
Semakin berat GB yang anda beli, semakin rendah spread emas anda.

2.Gold Coin (Syiling Emas)

Harga bagi 50 gram GC adalah bersamaan dengan harga 50 gram GB. Sila rujuk table harga diatas.

3. Gold Dinar Coin (Syiling Dinar)


Seperti yang telah saya terangkan diatas untuk GB, harga Gold Dinar juga and boleh semak sebelum anda ingin membeli sebarang syiling dinar. Harga nya kalau dilihat sedikit berbeza dengan harga bagi GB dan GC kerana harga emas berdasarkan ketulenan emas. Ketulenan GD ada 916 manakala GB dan GC adalah 999.9. 
 Untuk harga GD, semakin berat dinar yang dibeli semakin rendah harganya. Secara teknikalnya jika anda beli 10 Dinar, bersamaan RM6923.00, tetapi jika anda beli 1 Dinar sebanyak 10 keping, 1 Dinar x 10 kpg = 10 Dinar (RM698 x 10 = RM 6980). Jadi anda telah jimat RM57.00. Spread harga bg GD adalah sekitar 6%.

4. I-Series (Jewellery)

I-Series ini adalah produk keluaran Public Gold yang boleh dikatakan terbaru juga lah buat masa ini.
Ianya dikeluarkan dalam bentuk barang perhiasan wanita yang boleh dipakai terus untuk perhiasan.
Fungsinya sebagai emas pelaburan juga masih dikekalkan kerana nilai spread nya yang rendah jika dibandingkan dengan emas perhiasan yang dijual dikedai-kedai emas. Nilai susut/spread untuk produk I-Series adalah 10% berbanding 20%-30% bagi barang kemas perhiasan yang lain.Ramai pelabur sekarang mimilih untuk bertukar kepada I-Series kerana ianya boleh dipajakkan/Ar Rahnu untuk menambah pelaburan emas anda atau wang tunai tersebut boleh digunakan untuk kegunaan yang lain. (Saya akan kongsikan rahsia memaksimumkan penggunaan Ar Rahnu di entri yang akan datang)

5. Silver Bars

Untuk produk Silver juga mendapat sambutan yang menggalakkan terutama bagi golongan cina. Harga bagi silver juga rendah jika dibandingkan dengan produk emas. 
Tetapi ramai otai-otai emas meramalkan dalam tempoh 2-5 tahun akan datang harga bagi silver akan melonjak seiring dengan harga emas. Maksudnya jika harga emas melonjak naik, harga bagi silver juga akan naik. Jadi nak melabur dalam silver juga adalah satu tindakan yang bijak untuk memaksimumkan keuntungan anda pada masa hadapan. Harga tengah rendah, jadi tak rugi anda beli.

Ini adalah gambaran sebenar bagi produk Gold Bar, Gold Dinar dan Bracelet I-Series.

Untuk pengetahuan kawan-kawan yang berminat untuk membeli sebarang produk Public Gold, harga setiap produk emas di Public Gold akan berubah setiap 20 minit. Jadi semak harga selalu dan study la sikit-sikit trend harga emas dalam table kanan tu ye. Kalau ada masalah atau pertanyaan, call je atau sms pon boleh...

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 
Sekian...