Monday, 30 April 2012

51 Fakta Menarik Tentang Emas

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Hari ini saya kongsikan 50 fakta menarik tentang emas..benda ni agak teknikal sedikit, ada yang pernah saya terang kan pada entri sebelum ini...Selamat membaca ye..

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui

  emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)


3. Nombor atom untuk emas adalah 79


4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,barang kemas,hiasan sejak  zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai 

  merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat   batuan dan mendapan aluvial


6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.


7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi


8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.


9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun  didalam air


10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang. Ia adalah simbol 

    kemewahan  dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada   Islam, hindu ataupun aties.


12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.


13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai konduktor  didalam mesin elektronik, penebat luar satelit dan industri kesihatan seperti pergigian.


14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik terbaik.


15. Emas adalah logam peralihan.


16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak  balas dengan unsur lain.


17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.  Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak  balas dengan Asid Nitrik.


18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.


19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.


20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi  hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.


21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan  halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)


22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent.


23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.(perak,kuprum)


24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-

    * Kekerasan
    * Kekuatan
    * Sifat kelogaman(metallugical)
    * Suhu lebur
    * Perubahan warna sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.


26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red


27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan agen hakisan yang kuat


28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-

    * Hasilnya adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau. 


30. Emas sangat tumpat:-

    * 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg

31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.


32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak  berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)


33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya    (79 - 2.8.18.18.32.1)


34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran  beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)


35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk  semulajadinya.


36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Jumlah emas yang disimpan bank negara 

    = wang yang dicetak

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya  tidak lagi memberi kesan kepada  ekonomi dunia.


38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang sebab tu harga makin mahal


39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya  semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.


40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.


41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.


42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang  telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.


43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999


44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.


45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)


46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)


47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.


49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti  American Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.


50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
 
51. Syiling Emas telah mula digunapakai di UTAH Amerika Syarikat..

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 
Sekian...

Monday, 23 April 2012

PERHATIAN!!!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Untuk pengetahuan kawan-kawan semua, harga emas dunia kini ditahap yang terendah atau dalam bahasa lainnya 'HARGA EMAS TURUN!!'

Kepada kawan-kawan yang ingin semak harga emas terkini,
boleh je semak di table sebelah kanan anda.
Kepada sesiapa yang masih belum tahu untuk menyemak harga emas,
bolehlah menghubungi saya terus. Jangan malu untuk bertanya ok..

Kepada yang berminat untuk memulakan pelaburan emas,
inilah masa yang terbaik bagi pelabur-pelabur baru.
Anda yang berminat dinasihatkan supaya menyemak harga terlebih dahulu kerana harga emas dunia akan berubah setiap masa.
Jangan berlengah lagi kawan-kawan. Mulakan pelaburan yang bijak sekarang!! Tiada modal???
Jangan risau kawan-kawan, mulakan lah sedikit demi sedikit.
Mulakan simpanan anda walau hanya dengan 1 gram. 
Bak kata pepatah 'Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit'. Nak diharapkan yang 1 gram tu menjadi bukit kalau tak diusakan pon tak boleh. Jika harga emas turun lagi di lain masa, boleh la tambah koleksi untuk pelaburan ye. Ha baru boleh jadi bukit.

Kepada kawan-kawan yang telah melabur dengan emas, jangan risau kawan-kawan.
Inilah masa yang terbaik untuk menggandakan lagi jumlah emas yang dimiliki. 
Bagi yang memiliki barang-barang kemas, inilah masanya untuk menggunakan khidmat Ar-Rahnu (sistem pajakan islam) untuk dijadikan modal pelaburan emas anda.

Jadi kawan-kawan, apa lagi yang nak ditunggu?Mulakan pelaburan anda sekarang!! Kepada yang masih ragu-ragu atau tidak tahu macam mana untuk mulakan pelaburan, 
hubungi saya segera ye.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya segera :)
Hafify Zulhaimy Hashim 012 632 4320 
Sekian...